Oleh SHAMZ JOHAN
SHAH ALAM, 12 APRIL: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April lalu.
Penyelianya R Manimala berkata seramai 25 petugas dari tiga institusi bergotong royong bagi menyediakan juadah tersebut.
“Seramai 25 petugas terlibat memasak tiga kawah bubur, kita anjurkan sebagai tradisi bulan Ramadan dan berkongsi kegembiraan sambutan Aidilfitri bersama penduduk,” katanya.
Jelasnya lagi, program itu turut mendapat kerjasama Wanita Keadilan Kampung Bukit Kuching, Majlis Pengurusan Ketua kampung Kampung Bukit Kuching dan Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching.
Terdahulu, Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli merasmikan program yang diadakan di Surau Abdul Wahid dan turut meluangkan masa membantu petugas memasak bubur.