Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Beroperasi tanpa lesen perniagaan, pemilik kilang dihadap ke mahkamah

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pemilik kilang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok Rabu lalu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

MPKL memaklumkan kilang itu didakwa atas kesalahan Undang Undang Kecil 3, Undang Undang Kecil Tred Perniagaan Dan Industri MDKL 2005.

“Orang Kena Saman (OKS) yang hadir tanpa diwakili peguam memohon kes itu ditarik balik kerana telah menjelaskan bayaran kompaun maksima tanpa sebarang pengurangan di MPKL.

“Mahkamah Telok Datok bersetuju dengan permohonan OKS. Majistret Khairul Farhi Yusob telah melepaskan dan membebaskan syarikat itu daripada pertuduhan yang dikenakan,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata pihaknya akan bertindak tegas terhadap syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Menurutnya, perniagaan atau sebarang aktiviti komersil yang tidak terkawal mengakibatkan kerugian pendapatan kepada Kerajaan Negeri serta menjejaskan keselamatan, kesihatan dan ketenteraman awam.

“Penduduk Kuala Langat perlu sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai lesen sah MPKL bagi menjaga kesejahteraan penduduk dan persekitaran.

“Sekiranya anda melihat aktiviti perniagaan tanpa lesen di kawasan anda, laporkan menerusi talian atau WhatsApp di 012-300 4217,” katanya.

 


Pengarang :