Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (kanan) ketika hadir Majlis Nuzul Al-Quran di Musolla Damai, Pangsapuri Damai, Petaling Jaya pada 8 April 2023. Foto Faceboook Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama agih lebih RM53,000 kepada masjid, surau laksana program imarah

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyumbang lebih RM53,000 kepada empat masjid dan lapan surau sempena Ramadan.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan tersebut bagi membantu masjid dan surau menjalankan program imarah serta pelbagai aktiviti lain.

“Saya berharap pengurusan masjid dan surau dapat memanfaatkan sumbangan ini untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada kariah setempat.

“Pejabat DUN Bandar Utama bersedia menjalin kerjasama bagi memastikan program yang dianjur berjalan lancar bukan sahaja pada Ramadan tetapi pada bulan lain juga,” katanya kepada Selangorkini

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyampaikan sumbangan kepada jawatankuasa Musolla Damai pada Majlis Nuzul Al-Quran di Musolla Damai, Pangsapuri Damai, Petaling Jaya pada 8 April 2023. Foto Faceboook Jamaliah Jamaluddin

 


Pengarang :