Anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rondaan di sekitar perumahan di Seksyen 6 Shah Alam pada 25 Mei 2020 bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Polis Selangor anjur kempen rumah selamat sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 15 APRIL: Polis Selangor menganjur kempen rumah selamat di musim perayaan sempena cuti Aidilfitri minggu depan.

Orang ramai diminta mengisi borang di balai polis berhampiran atau memuat turun Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk petugas keselamatan memantau kediaman mereka.

Perantau yang balik kampung juga boleh mengimbas kod QR pada poster tertera bagi memuat turun aplikasi berkenaan.

“Bersama-sama kita menjaga keselamatan rumah semasa balik kampung musim cuti perayaan,” menurut poster kempen.

Ibu pejabat polis setiap daerah juga boleh dihubungi menerusi talian yang tertera untuk maklumat lanjut dan bantuan.


Pengarang :