DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menziarahi DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Perlis, Kuala Lumpur pada 15 April 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan ziarah Raja Perlis

SHAH ALAM, 15 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri berkenan berangkat menziarahi DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Perlis, Kuala Lumpur disambut DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah.

Turut mengiringi Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Syarif Panglima Perlis Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan.

Selangor Royal Office memaklumkan Raja Perlis selamat menjalani pembedahan baik pulih kaki dan buku lali kanan di Hospital Putrajaya pada 1 April lalu.

“Baginda berdua menzahirkan rasa gembira apabila diberitahu pembedahan DYMM Raja Perlis itu berjaya dan mendoakan agar Baginda akan segera sembuh,” katanya di Facebook.


Pengarang :