SHAH ALAM, 16 MAC: Negara berada pada landasan tepat apabila ditadbir kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, menurut kajian Merdeka Centre.
Pengarah bersama badan kajian bebas itu Ibrahim Suffian berkata setakat minggu lalu pihaknya mendapati 48 peratus individu berpendapat negara pada landasan betul dan stabil.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/04/pic-1-3-500x367.jpg)
“Apa yang menariknya, dalam kalangan mereka berpendapat kestabilan disebabkan faktor pemimpin yang lebih cekap dan berwibawa.
“Yang berpandangan negara di landasan salah sebanyak 45 peratus dengan mengambil faktor ekonomi dan inflasi.
Jadi perkara ini perlu diambil serius,” katanya pada sesi sumbangsaran menjelang pilihan raya negeri ke-15 bagi mendepani gelombang hijau.
Program anjuran Jabatan Pilihanraya Wanita KEADILAN Pusat itu dihadiri ketuanya Fadlina Sidek serta timbalan merangkap pengarah pilihan raya wanita pusat Juwairiya Zulkifli.
Mengulas lanjut, katanya kaji selidik juga mendapati pemimpin perlu dekatkan diri dengan rakyat selain mengelak isu negatif seperti rasuah.
“Jadi kita (kerajaan) kena tunjuk dan lakukan yang terbaik. Jangan cakap isu politik berlebihan tetapi tunjukkan kita bekerjaa untuk rakyat,” katanya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/04/wanita-500x333.jpg)