Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dato’ Mohd Yazid Sairi (tengah) ketika Mesyuarat Majlis MPS kali ke-4 di Menara MPS, Selayang pada 17 April 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPS kutip bayaran lesen niaga lebih RM350,000 secara dalam talian

OLEH SHAMZ JOHAN

SELAYANG, 17 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengutip bayaran lesen perniagaan berjumlah RM357,346.42 menerusi transkasi dalam talian setakat Mac lalu.

Yang dipertuanya berkata kutipan tersebut melibatkan lebih 423 transaksi manakala bayaran lain, sewaan gerai sebanyak RM250,373.50 (720) serta permit bangunan dan perancang (RM255,464.70) dengan 27 transaksi.

“Selain itu, portal MyMPS juga dinaik taraf bagi kemudahan peniaga membuat bayaran bagi tiga kategori yang berkaitan,” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi pada Mesyuarat Majlis MPS kali ke-4 di Menara MPS di sini hari ini.

Menurutnya, MPS juga giat membuat kempen bayaran cukai taksiran dalam talian menerusi portal MyMPS, Lazada, Shopee dan Cepat melalui pautan https://mymps.mps.gov.my .


Pengarang :