Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Taman Banting Baru, Kuala Langat pada 17 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan mega raya di Wisma Kohijrah esok, tawar penjimatan untuk barangan asas

KUALA LANGAT, 17 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 akan diteruskan di Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Seksyen 32, Shah Alam, esok dari jam 4 hingga 6 petang.

Pengurus Besar Kohijrah berkata bagi mereka yang belum berpeluang membeli-belah barangan asas yang ditawarkan penjimatan boleh merebut peluang itu esok.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) Mohammad Syukri Ismail bercakap kepada Media Selangor ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Taman Banting Baru, Kuala Langat pada 17 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kami (Kohijrah) diberi kuota tujuh lokasi bagi Jualan Mega Ehsan Aidilfitri ini, jadi termasuk hari ini enam sudah (terlaksana) dan esok di Wisma Kohijrah.

“Jualan akan berlangsung dari jam 4 hingga 6 petang jadi bagi sesiapa yang belum berpeluang dapat barangan ini dan tinggal berdekatan dengan Wisma Kohijrah boleh hadir esok,” kata Mohammad Syukri Ismail ketika ditemui pada program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Taman Banting Baru di sini, hari ini.

Sempena Aidilfitri, jualan mega dilaksanakan di 23 lokasi bermula 15 April hingga Khamis ini.

Kemuncak Jualan Mega Ehsan Aidilfitri dijadual diadakan secara besar-besaran pada 20 April ini di Petaling Jaya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Taman Banting Baru, Kuala Langat pada 17 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Inisiatif tersebut secara keseluruhan menawarkan barangan asas seperti ayam sebanyak 36,700 ekor pada harga RM10 seekor, 12,000 papan telur (RM10 sepapan), 9,900 kampit beras (RM10), 6,100 botol minyak masak (RM25) dan 12,100 pek daging (RM10).


Pengarang :