EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim bergambar bersama peserta sempena Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang dan majlis berbuka puasa di Double Tree Hilton, I-City, Shah Alam pada 17 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor wujud sistem urus sumber air bersepadu, depani cabaran perubahan iklim

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kerajaan Negeri mewujudkan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi memastikan sumber air diurus dengan cekap sekali gus memenuhi keperluan penduduk.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata inisiatif itu diambil bagi mendepani isu perubahan iklim yang menjadi cabaran utama kepada Selangor.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berucap sempena Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang dan majlis berbuka puasa di Double Tree Hilton, I-City, Shah Alam pada 17 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita sekarang menghadapi cabaran perubahan iklim dan kita tidak boleh pandang rendah mengenai masalah itu.

“Menerusi IRBM ini, kita akan pastikan empat polisi dipatuhi iaitu bekalan air mencukupi, air bersih, mengatasi banjir dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup bengkel kajian semula IRBM Lembangan Sungai Klang (2022-2030) di sini, semalam.

Menurut Izham pelan IRBM merupakan pelan rujukan semua pihak berkepentingan dan agensi berkaitan selaras dengan peruntukkan Seksyen 46 (a), Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Luas) 1999.

Jelasnya, pelan ini dibangunkan oleh Luas sebagai panduan dan rujukan penting dalam perancangan dan pengurusan sumber air dan lembangan sungai yang mampan di Selangor.

“Pendekatan ini akan membantu pihak berkepentingan dan agensi berwajib untuk mengenal pasti status lembangan sungai, isu atau permasalahan yang timbul dan juga menentukan strategi perlindungan sumber air yang terbaik,” katanya.


Pengarang :