Pemeriksaan motosikal oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Selangor sempena sempena Op Selamat 17 tahun Baharu Cina di Lebuhraya Persekutuan, KM 7, Shah Alam mmenghala Klang ke Kuala Lumpur. Foto Facebokk Polis Selangor
AGENDANASIONAL

Kerajaan tawar kadar khas bayaran saman RM50 mulai 21 April

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kerajaan menawarkan kadar khas bayaran saman untuk semua saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 21 April hingga 21 Mei, umum perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata saman boleh dilunaskan segera dengan kadar RM50, bagaimanapun tidak terpakai bagi saman yang dikeluarkan pada tahun ini.

“Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

“Bagi memastikan kelancaran perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan,” katanya.

Menurut Anwar, selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya dalam sidang media hari ini.

 


Pengarang :