ADN Permatang Rozana Zainal Abidin (tiga kiri) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua kiri) bergambar selepas menyampaikan sumbangan ehsan mangsa bencana kebakaran di Kampung Bukit Belimbing pada 18 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI sumbang RM12,000 untuk mangsa kebakaran, ringankan beban

KUALA SELANGOR, 18 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan berjumlah RM12,000 kepada mangsa kebakaran dalam kejadian Februari lalu.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata bantuan itu diberikan kepada empat keluarga yang kehilangan dan mengalami kerosakan tempat tinggal di Kampung Bukit Belimbing, di sini.

“Kami menerima surat daripada tok sidang kampung itu yang memaklumkan ada empat keluarga berhadapan bencana kebakaran Februari lalu.

“Berikutan itu, MBI bersetuju menyerahkan bantuan RM3,000 untuk setiap keluarga bagi meringankan beban mereka,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan tersebut di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sini hari ini.

Turut hadir wakil rakyat Permatang Rozana Zainal Abidin dan Ketua Kampung Kampung Bukit Belimbing Mohd Sazali Kasim.

Difahamkan pada 5 Februari lalu, empat rumah yang terletak berhampiran terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu.


Pengarang :