AGENDANASIONAL

Anggota polis putus jari manis digigit lelaki ceroboh balai

SHAH ALAM, 19 APRIL:  Seorang anggota polis putus jari manis akibat digigit seorang lelaki yang menceroboh pos pengawal balai polis Sungai Besi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan berbuat demikian ketika mereka bergelut kira-kira jam 10.15 malam.

“Suspek bertindak agresif dengan menggigit jari manis tangan kanan salah seorang anggota polis berkenaan sehingga putus pada bahagian hujung jari,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Zam Halim menjelaskan lelaki, yang kemudian ditahan, ada rekod kes penipuan selain saringan awal menunjukkan air kencingnya positif dadah jenis amphetamin dan methaphetamin.

Lelaki tersebut direman empat hari mulai hari ini hingga 21 April untuk siasatan bawah Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.


Pengarang :