Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 26 April

KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 20 hingga 26 April.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 ialah RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :