Ribuan jemaah mendengar khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 22 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selembar tinta Syawal wakil rakyat

SHAH ALAM, 22 APRIL: Selepas sebulan berpuasa, kini tiba masa umat Islam meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran. Wakil rakyat negeri berkongsi ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 22 April 2023.

 

“Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT”

Juwairiya Zulkifli – Bukit Melawati

Juwairiya Zulkifli

 

“Berhati-hati memandu pulang ke kampung sempena Aidilfitri. Teruskan amalan baik yang kita lakukan di luar bulan Ramadan. Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Mohd Sany Hamzan – Taman Templer

Mohd Sany Hamzan

 

“Salam Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin. Semoga diterima segala amal ibadah dan menjadikan kita insan lebih tawaduk kepada-Nya”

Rozana Zainal Abidin – Permatang

“Ramadan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, disambut dengan rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Datuk Mohd Imran Tamrin – Sungai Panjang

Datuk Mohd Imran Tamrin

 

“Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut ketibaan Syawal. Mari kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Lee Kee Hiong – Kuala Kubu Baharu

Lee Kee Hiong

 

“Saya berharap orang ramai berhati-hati dan berhemah memandu di jalan raya semasa balik ke kampung pada musim perayaan Aidilfitri. Dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Chua Wei Kiat – Rawang

Chua Wei Kiat

 

“Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini”

Dr Idris Ahmad – Ijok

Dr Idris Ahmad

 

“Selamat hari raya buat semua rakyat di Selangor dan di DUN Hulu Bernam khususnya. Maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri ini kita dapat memperkukuhkan ikatan kekeluargaan”

Datuk Rosni Sohar – Hulu Bernam

 

“Raikanlah kedatangan Syawal dengan penuh gembira dan keinsafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di Selangor”

Datuk Rizam Ismail – Sungai Air Tawar

 

“Salam Aidilfitri. Semoga amalan baik sepanjang bulan Ramadan dihayati. Teruskan berbakti dan berahmah sesama insan”

Saari Sungib – Hulu Kelang

Saari Sungib

“Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Wong Siew Ki- Balakong

Wong Siew Ki

 

“Semoga Aidilfitri menjadi permulaan terbaik penerusan takwa yang dijana dalam Ramadan. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua”

Syamsul Firdaus Mohamed Supri – Taman Medan

 

“Harap semua menyambut hari raya dengan selamat. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam”

Rajiv Rishyakaran – Bukit Gasing

Rajiv Rishyakaran

 

“Bersama-sama merayakan Aidilfitri tahun ini dengan penuh kemesraan dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh masyarakat di Selangor. Maaf zahir dan batin”

Zakaria Hanafi – Semenyih

 

“Kapal belayar pusing benua,
Sampan berhenti sebelah jeti,
Dipanjat doa untuk semua,
Moga lebaran Allah berkati”

Edry Faizal Eddy Yusof – Dusun Tua

Edry Faizal Eddy Yusof

 

“Tirai Ramadan semakin menghampiri,
Syawal pertama kian dinanti,
Kesilapan lama jangan dikenangi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Michelle Ng Mei Sze – Subang Jaya

“Marilah kita berdoa amalan Ramadan diterima Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon kemaafan daripada saya sekeluarga serta daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia”

Halimey Abu Bakar – Seri Setia

Halimey Abu Bakar

“Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslim di Selangor. Semoga semua menikmati hari raya yang selamat bersama keluarga. Berhati-hati di jalan raya”

Ean Yong Hian Wah – Seri Kembangan

 

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang beragama Islam. Semoga selamat balik kampung dan saya doakan agar Aidilfitri ini membawa kebahagiaan bersama”
#KitaSelangor

Lim Yi Wei – Kampung Tunku

Lim Yi Wei

 

“Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat serta seluruh warga Selangor meraikan bersama. Salam Aidilfitri dan salam kosong-kosong!”

Jamaliah Jamaluddin – Bandar Utama

 

“Berakhir sudah ibadat puasa,
Kini Syawal berkunjung tiba,
Bulan mulia membawa bahagia,
Mengikat kasih sesama saudara
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir batin”

Azmizam Zaman Huri – Pelabuhan Klang

Azmizam Zaman Huri

 

“Saya ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam. Dalam kita bergembira sentiasalah ingatkan yang kurang berkemampuan supaya kita sentiasa bersyukur”

Hasnul Baharuddin – Morib

 

“Selamat menyambut Aidilfitri. Saya berharap yang bercuti dapat saling berkunjung untuk merapatkan hubungan sesama kita sebagai masyarakat bertamadun dan bermadani”

Lau Weng San – Banting

Lau Weng San

“Marilah bersama-sama mempertingkatkan semangat setia kawan, muhibbah dan harmoni di antara satu sama lain demi kesejahteraan kita semua. Selamat hari raya dan maaf zahir batin”

Ronnie Liu – Sungai Pelek

 

“Menjelang Syawal, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga Allah menerima segala amalan Ramadan dan menjadikan kita insan yang lebih baik”

Mohd Najwan Halimi – Kota Anggerik

Mohd Najwan Halimi

 

“Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat N39 Kota Damansara, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama selama ini. Mohon maaf jika ada kekurangan atau kelemahan”

Shatiri Mansor – Kota Damansara

“Sekandung badan hati nurani,
Bersama kita menyambut Aidilfitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir batin”

Elizabeth Wong – Bukit Lanjan

 

“Semoga ibadat sepanjang Ramadan diberkati. Hari Raya Aidilfitri disambut bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin”

Gunarajah George – Sentosa

Gunarajah George

“Aidilfitri tiada makna sekiranya tarbiah Ramadan gagal mendidik jiwa dekat dengan Allah. Ambil peluang Ramadan untuk bersih dan tingkatkan ketakwaan. Oleh itu, Aidilfitri akan bermakna”

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar – Meru

 

“Rakyat Malaysia terutama umat Islam akan merayakan Aidilfitri penuh keceriaan, silaturahim dan semangat perpaduan, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Leong Tuck Chee – Pandamaran

Leong Tuck Chee

Pengarang :