Pemandangan bangunan pencakar langit Menara KLCC (tengah) dan sekitarnya kelihatan kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda ketika tinjauan pada 19 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Petaling Jaya catat IPU tidak sihat malam ini

SHAH ALAM, 22 APRIL: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya mencatatkan bacaan tidak sihat malam ini.

Laman sesawang Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan IPU 108 di kawasan itu pada jam 10 malam.

Lokasi IPU yang merekodkan tahap baik ialah Kota Tinggi (48), Sandakan (34) dan Kimanis (42) sementara tahap sederhana Subang Jaya (76), Seberang Perai (72), Nilai (71), Seremban (80) dan Shah Alam (76).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

 


Pengarang :