Kaunter bayaran zakat di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 14, Shah Alam. Foto Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS tutup sementara operasi semua cawangan lima hari hingga 26 April

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menutup sementara operasi cawangannya sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak semalam hingga 26 April.

Menerusi kenyataan di Facebook, agensi itu mengambil kesempatan mendoakan umat Islam sentiasa diberkati Allah dan selamat pulang menyambut hari lebaran bertemu keluarga.

“Kami mendoakan agar semua pelanggan kami sentiasa dalam barakah Allah swt dan hati-hati ketika pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara,” katanya.

Sebelum ini, LZS memaklumkan pihaknya mengagih bantuan RM30.1 juta kepada 64,819 keluarga asnaf sebagai persiapan Ramadan dan Syawal.

Agihan mulai 21 Mac lalu membabitkan 18,550 penerima asnaf fakir, miskin (41,770) dan mualaf (4,499) dengan setiap penerima mendapat bantuan zakat antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga.


Pengarang :