Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat DUN Taman Medan di Dataran Anak Muda, Petaling Jaya pada 14 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

LUAS keluar panduan urus sisa rumah terbuka, elak gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 23 APRIL: Warga Selangor yang berhasrat menganjurkan rumah terbuka disaran mengikuti panduan dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air semasa musim perayaan.

Menurut agensi itu mereka yang mengadakan majlis berkenaan di musim perayaan perlu memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpulkan sebelum dibuang ke tapak pelupusan sampah.

“Ini bagi membolehkan sampah dilupuskan oleh pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran. Pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah bekalan air di musim perayaan,” katanya.

LUAS menerusi hebahan siri panduan menjaga sumber air sempena Hari Raya di Facebook hari ini juga melarang membuang minyak terus ke dalam sikni atau longkang sebaliknya dikumpulkan dan dibawa ke pusat kitar semula.

“Jangan ambil mudah, gangguan bekalan air semasa musim perayaan boleh dielakkan jika mengikuti langkah disenaraikan,” katanya.

Menurut agensi itu sekiranya masyarakat terlihat sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh mengakibatkan pencemaran sungai, sila maklukan kepada LUAS menerusi talian tetap 03 5511 1800 atau aplikasi whatsapp 019 264 7904.


Pengarang :