AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Air Selangor tawar 10,000 baucar Chatime buat pelanggan baharu e-bil

SHAH ALAM, 23 APRIL: Sebanyak 10,000 baucar minuman Chatime bernilai RM5 ditawarkan kepada pemegang akaun Air Selangor yang berdaftar menerusi bil atas talian (e-bil).

Air Selangor memaklumkan tawaran mulai 28 Mac hingga 23 Mei terbuka kepada pelanggan baharu e-bil tertakluk kepada terma dan syarat.

“Jangan terlepas peluang yang membuka selera ni! 10,000 baucar Chatime (bernilai RM5 setiap satu) untuk direbut oleh pelanggan baharu e-bil.

“Hanya daftar e-bil sekarang dan bayar bil air anda menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya di Facebook hari ini.

Terma dan syarat boleh disemak menerusi pautan www.airselangor.com/air-selangor-x-chatime-campaign-2023/

Berikut lima langkah mudah untuk daftar e-bil Air Selangor:

  • muat turun aplikasi Air Selangor
  • daftar e-bil
  • buat pembayaran bil melalui aplikasi
  • kod unik akan dihantar melalui emel kepada pemenang
  • baucar boleh ditebus di cawangan Chatime terdekat

Pengarang :