Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah Terbuka Aidilfitri setiap daerah bermula di Sepang 28 April ini

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat ke program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Klang pada 30 April ini.

Majlis merangkumi Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung bertempat di padang Taman Sri Kerayong itu juga bakal dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta pimpinan negeri.

Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April ini bertempat di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang.

Program yang akan menjelajah ke setiap daerah negeri ini seterusnya dianjurkan di padang taman awam, Hulu Bernam, Hulu Selangor pada 29 April.

Ia diteruskan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat, tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Seterusnya Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) dan tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :