Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam musnah dalam kebakaran pada 26 April 2023. Foto ihsan Bomba Selangor
AGENDANASIONAL

Tadika dua tingkat di Jalan Kebun Shah Alam musnah terbakar

SHAH ALAM, 26 APRIL: Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini, sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan sepasukan anggota dari empat balai bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan kelas B sekolah Pasti dua tingkat. Ketika bomba sampai di lokasi, api merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut.

“Api berjaya dikawal pada kira-kira 50 minit kemudian dan proses pemadaman sedang dijalankan. Namun tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam musnah dalam kebakaran pada 26 April 2023. Foto ihsan Bomba Selangor

Pengarang :