Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Persembahan seni ceriakan rumah terbuka Aidilfitri di Sepang esok

SHAH ALAM, 27 APRIL: Persembahan kebudayaan antara acara menarik program rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri yang berlangsung di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang esok.

Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri yang berlangsung mulai jam 8 hingga 11 malam itu turut diserikan dengan acara sumbangan duit raya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan pengunjung.

Jelajah Kita Selangor Aidilfitri dijadualkan berlangsung di sembilan daerah bermula esok di Sepang, diikuti padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April) dan Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April).

Program tersebut juga berlangsung di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei), tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Rumah terbuka negeri diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah ke sembilan daerah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :