PBTSELANGOR

Kompaun parkir MPK serendah RM15 selama sebulan bermula 1 Mei

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kenderaan serendah RM15 selama sebulan bermula 1 Mei ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya memaklumkan tawaran itu dibuat bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan tunggakan kompaun sebelum tindakan lebih tegas diambil termasuk pendakwaan mahkamah.

“Tawaran pengurangan kompaun ini bagaimanapun tertakluk kepada jenis kesalahan.

“Kesalahan yang tidak mendapat pengurangan ialah meletak kenderaan di petak khas, petak orang kurang upaya (OKU) dan menghalang tempat atau petak kenderaan lain,” kata Norfiza Mahfiz.

Menurut beliau orang ramai boleh membuat semakan kompaun di laman sesawang MPK di pautan ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun dan aplikasi Smart Parking MPKlang.

Ujarnya, bayaran boleh dibuat melalui JomPay dan mesin i-Kios di ibu pejabat MPK, pejabat-pejabat cawangan MPK dan ruang legar GM Klang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-3375 8037, 8038 atau 8039 (pada waktu pejabat).


Pengarang :