Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama tetamu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada 27 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB jangka lebih 90,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka negeri

SHAH ALAM, 27 APRIL: Program rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri yang diadakan di sembilan daerah secara berperingkat mulai esok dijangka menerima kehadiran lebih 90,000 pengunjung.

Dato’ Menteri Besar berkata program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri bakal menyediakan aneka juadah raya selain persembahan menarik dan peluang mendaftar program Iltizam Selangor Penyayang.

“Alhamdulillah saya percaya persiapan sambutan di sembilan daerah berjalan lancar. Kepada semua rakyat negeri ini, saya jemput untuk bersama memeriahkan program.

“Program bermula di Sepang esok diikuti Hulu Selangor pada Sabtu dan Klang (Ahad),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis rumah terbuka Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di sini hari ini.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada 27 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Dalam majlis itu, beliau dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut mengagih duit raya kepada 50 penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan berkenan mencemar duli ke program rumah terbuka di Klang.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula akan menyertai acara di Sabak Bernam pada 12 Mei sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriahkan program sama di Gombak, dua hari kemudian.

“Pada 14 Mei bukan hanya perdana menteri, malah kita panjangkan (jemputan) kepada menteri-menteri Kabinet dan pemimpin parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Jadual lengkap program seperti berikut:


Pengarang :