Foto Facebook XPDC Kita Peng Yu
AGENDANASIONAL

Vokalis kumpulan XPDC Mael meninggal dunia

SHAH ALAM, 27 APRIL: Vokakis kumpulan XPDC, Mael meninggal dunia pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha, lapor portal Berita Harian.

“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis  27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi  kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Khabar duka turut dikongsi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang berkata beliau antara jutaan peminat penyanyi kumpulan rock itu.

“Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.

“Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu ‘Semangat yang Hilang’ merupakan lagu kegemaran saya. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” katanya di Facebook.


Pengarang :