Jemaah menunaikan solat sunat Tarawih tanpa penjarakan fizikal di Masjid Al-Khairiyah Gombak pada 2 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Umat Islam berpeluang semak, tentu semula arah kiblat jam 3.08 petang ini

SHAH ALAM, 28 APRIL: Umat Islam berpeluang menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan kedudukan matahari searah kiblat, petang ini.

Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam kenyataan di Facebook menjelaskan fenomena tersebut diramal berlaku jam 3.08 petang waktu Malaysia.

“Antara tatacara semakan kiblat termasuk memastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu piawai Malaysia.

“Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung),” katanya.

Menurut kenyataan itu, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat dan ia perlu ditanda sebagai rujukan.

“Insya-Allah arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap matahari,” katanya.


Pengarang :