Selangor Fruits Valley di Bestari Jaya menyediakan pelbagai daya tarikan kepada pengunjung yang ingin menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran tempatan. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSISELANGOR

Selangor Fruits Valley kembali beroperasi esok

SHAH ALAM, 28 APRIL: Selangor Fruits Valley (SFV) beroperasi semula esok selepas ditutup selama enam hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pusat agro pelancongan itu melalui Facebook rasminya memaklumkan SFV juga akan beroperasi seperti biasa pada hari kelepasan am 1 Mei ini.

“Kepada pengunjung yang dikasihi bermula 29 April 2023 (Sabtu) kami sudah mula beroperasi seperti biasa dan 1 Mei kami juga beroperasi seperti biasa,” katanya.

SFV yang terletak di Bestari Jaya menawarkan kawasan rekreasi dan riadah berkonsepkan pertanian di atas kawasan seluas hampir 1,000 hektar.

Ia memiliki lebih 20 tanaman buah-buahan, kebun sayuran, selain diiktiraf sebagai pengeluar madu lebah kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia.

Harga tiket bagi warganegara ialah RM15 untuk kanak-kanak dan warga emas serta RM20 (dewasa), manakala pelancong antarabangsa RM30 (kanak-kanak dan warga emas) serta RM35 (dewasa).


Pengarang :