Aksi Ong Yew Sin-Teo Ee Yi ketika menentang pasangan Jepun Ayato Endo-Yuta Takei Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 April 2023. Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia
AGENDASUKANKINI

Kejohanan Badminton Asia: Yew Sin-Ee Yi kejutkan beregu nombor satu dunia

SHAH ALAM, 28 APRIL: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas menewaskan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Turun selaku pilihan kelapan, beregu negara berdepan ranjau terbesar apabila dijadualkan bertemu gandingan pilihan utama berkenaan memandangkan mereka tewas tujuh daripada 10 pertemuan lalu, lapor portal Berita Harian.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi, Yew Sin-Ee Yi mencatat kemenangan 22-20, 21-15.

Mereka akan menanti pemenang antara beregu pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan satu lagi beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, bagi penentuan ke akhir esok.


Pengarang :