EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail pada majlis rumah terbuka Aidilfitri parlimen Shah Alam 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 29 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor hasrat bawa syor polisi baharu tangani isu projek rumah terbengkalai

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kerajaan Negeri akan membawa beberapa syor polisi baharu kepada kerajaan persekutuan bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai di negara ini, khususnya Selangor.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail menjelaskan langkah itu juga bagi membantu pembeli yang terpaksa menanggung risiko sekiranya pemaju gagal melaksanakan projek perumahan.

“Selangor banyak memulakan sesuatu projek, kalau ada masalah timbul Selangor dapat dulu. Sebelum berjangkit ke negeri lain, kita mahu isu projek terbengkalai, pemilikan strata dan komersial dapat diselesaikan di Selangor.

“Saya sedang bincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk cadang polisi baharu dan diguna pakai bawah Rang Undang-Undang (RUU) baharu.

“Jika tidak, isu projek perumahan ‘sakit’ terus ‘sakit’ khususnya pemaju yang telah mengambil wang daripada pembeli dan lari (tidak melaksanakan projek). Itu perkara yang menyusahkan rakyat serta perlu diteliti semula,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Parlimen Shah Alam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 29 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Parlimen Shah Alam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Rodziah menambah setakat ini terdapat lapan projek perumahan yang terbengkalai lebih 20 tahun di Selangor, dengan enam daripadanya berjaya diselesaikan.

“Projek perumahan sakit melibatkan beberapa peringkat iaitu di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Insya-Allah berbaki dua (projek terbengkalai) akan menemui jalan keluar.

“Di peringkat PBT misalnya ada masalah sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) serta sistem pembentungan. Manakala masalah kecil seperti utiliti dan elektrik kita harap agensi lain jadi pemudah cara,” katanya.


Pengarang :