Skuad kriket wanita negara mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan acara Ten10 (T10) Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja pada 29 April 2023. Foto Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
AGENDASUKANKINI

Sukan SEA: Kriket wanita menang pusingan pertama di Kemboja

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Skuad kriket wanita negara memulakan kempen Sukan SEA ke-32 di Kemboja dengan langkah kanan apabila mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan acara Ten10 (T10) di Phnom Penh, hari ini.

Perlawanan Kumpulan A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu sudah pasti menuntik semangat skuad negara untuk terus memberi saingan sengit apabila bertemu Thailand pada Ahad depan (7 Mei).

Bagi saingan T10, skuad negara yang dibarisi 15 pemain diundi bersama Thailand dan Singapura dalam Kumpulan A manakala bagi acara Twenty20 (T20) pula menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina serta Myanmar.

Saingan 50-overs pula menyaksikan Malaysia sekali lagi diundi bersama Thailand dan Myanmar dalam Kumpulan A. – BERNAMA


Pengarang :