Orang ramai yang hadir pada Program Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri Daerah Hulu Selangor di Padang Taman Awam, Hulu Bernam pada 29 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan berangkat ke majlis rumah terbuka negeri di Klang malam ini

SHAH ALAM, 30 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual mencemar duli ke program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Klang malam ini.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri itu bermula jam 8 hingga 11 malam berlangsung di padang Taman Sri Kerayong turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April lalu di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang.

Program yang akan menjelajah ke setiap daerah negeri ini seterusnya dianjurkan di padang taman awam, Hulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.

Ia diteruskan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat, tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Seterusnya Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) dan tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :