Tokoh Ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni menyampaikan pengajian dalam program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 200 sertai talaqqi kitab Ihya Ulumuddin di kediaman rasmi MB

SHAH ALAM, 1 MEI: Program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali sempena Festival Turath Islami Selangor yang membuka tirainya hari ini dihadiri lebih 200 individu.

Berlangsung di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor di sini, program julung kali dianjurkan Kerajaan Negeri dipimpin tokoh ulama dari Pattani.

Dalam program berkenaan Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni membaca dan menghuraikan perkataan demi perkataan daripada kitab tersebut.

Lebih 200 orang menghadiri talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali yang dipimpin Tokoh Ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni sempena Festival Turath Islami selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program sama yang turut disiarkan menerusi Facebook Media Selangor terbahagi kepada dua sesi iaitu jam 10 pagi (sesi 1) dan 8 malam (sesi 2).

Program anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut disertai Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan Asatizah Selangor.

Turut menjayakan program ialah Jabatan Agama Islam Selangor, Asatizah Selangor, Akademi Pemikiran Turath dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Antara siri kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE). Foto Grafik Selangorkini

Pengarang :