Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan murah di program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Chempaka, Bandar Utama pada 2 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Penduduk DUN Bandar Utama beratur awal dua jam, 350 ayam habis sejam di jualan murah

Oleh SHAMZ JOHAN

PETALING JAYA, 2 MEI: Lebih 350 ayam habis terjual dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Chempaka di sini, hari ini.

Jualan murah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mendapat sambutan dengan lebih 400 penduduk sekitar beratur sejak jam 8 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

Pengetua Permata Ikhsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Norsila Baruddin memberitahu antara produk yang laris selain ayam, termasuklah telur dan beras.

Pengetua Permata Ikhsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Norsila Baruddin. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI

“Sambutan amat memberangsangkan walaupun rata-rata penduduk masih bercuti dan dalam suasana perayaan.

“kita jangka pengunjung akan meningkat kerana banyak majlis dan rumah terbuka dianjurkan sehingga hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin turut hadir ke program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari bagi meninjau perjalanan jualan selain bertemu penduduk setempat,

Wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (dua, kanan) dan Pengetua Permata Ikhsan PKPS Norsila Baruddin beramah mesra bersama pengunjung di program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Chempaka, Bandar Utama pada 2 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI

Program jualan murah tersebut menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.


Pengarang :