(Dari kiri ) Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim, Pegawai Daerah Petaling Rahilah Rahmat dan Pegawai Daerah Hulu Langat Dato’ Mohd Jusni Hashim bergambar selepas sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat lantikan di Pejabat SUK, Shah Alam pada 2 Mei 2023. Foto Facebook Pejabat SUK
AGENSISELANGOR

Mohd Fauzi dilantik Datuk Bandar Subang Jaya, Ani Ahmad Yang Dipertua MPAJ

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 3 MEI: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim antara empat pegawai pentadbiran Kerajaan Negeri yang dilantik ke jawatan baharu berkuat kuasa semalam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerusi Facebook memaklumkan Mohd Fauzi dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya.

Jawatan yang ditinggalkan Mohd Fauzi diisi oleh bekas Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad. Pelantikan Dr Ani menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan Yang Dipertua MPAJ.

Bekas Pegawai Daerah Petaling Dato’ Mohd Jusni Hashim pula menggantikan tempat Dr Ani.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Rahilah Rahmat pula menggantikan tempat Mohd Jusni.

Surat pelantikan semua pegawai pentadbiran tersebut disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim di Bangunan SUK, Shah Alam.


Pengarang :