Orang ramai menghadiri Karnival Kerjaya Mega 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih 7,000 peluang kerja ditawarkan dalam karnival hujung minggu ini

SHAH ALAM, 3 MEI: Lebih 7,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang ditawarkan kepada orang ramai sempena Karnival Kerjaya Selangor 2023 pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut EXCO Pemberdayaan Kerja V Ganabatirau, program yang berlangsung di Dewan Hamzah, Klang bakal disertai lebih 30 majikan dan syarikat mulai 9 pagi hingga 5 petang.

“Peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, perbankan, pengendalian makanan dan hospitaliti.

“Sesi temuduga akan turut diadakan jadi pencari kerja yang datang ke karnival ini boleh membawa resume mereka sebagai persediaan,” katanya ketika dihubungi.

Ganabatirau berkata program anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) turut menyasarkan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung.

“Jadi kepada semua yang sedang mencari kerja jangan lepaskan peluang dan datanglah ke karnival ini kerana banyak peluang pekerjaan menanti anda,” katanya.

Orang ramai boleh mendaftar melalui pautan https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/.


Pengarang :