Persembahan Siti Nordiana dan Haziq Rosdi di program Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar pada 30 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Zamani Slam hiburkan tetamu di rumah terbuka Sungai Buloh Sabtu ini

SHAH ALAM, 4 MEI: Penyanyi terkenal Zamani Slam bakal menghiburkan tetamu di rumah terbuka Aidilfitri di tapak Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata program yang akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 3 petang turut menampilkan Haziq Rosebi.

“Orang ramai dijemput untuk sama-sama memeriahkan Program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri (JKSA) daerah Petaling.

“Pelbagai hidangan juadah dan pengisian menarik untuk dinikmati oleh pengunjung yang hadir antaranya persembahan kombo MBSA, pemberian duit raya dan sebagainya,” katanya di Facebook.

JKSA peringkat daerah Petaling dianjurkan bersama MBSA, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Ia merupakan rumah terbuka anjuran Kerajaan Negeri kelima dalam siri JKSA yang membuka tirai pada 28 April lalu di Pekan Salak, Sepang.

Program turut diadakan di padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April), Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April), dan Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei).

Ia diteruskan ke Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei), Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :