Gelagat dua pelajar menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan susulan cuaca panas yang melanda sementara menunggu ahli keluarga menjemput mereka pulang dari sekolah di Bandar Seri Jempol pada 2 Mei 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri minta kerjasama sekolah tangguh aktiviti luar bilik darjah

SHAH ALAM, 5 MEI: Semua institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta memberi kerjasama menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca kering dan panas berpanjangan ketika ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

“Berharap semua institusi KPM dapat memberikan kerjasama menangguhkan semua aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru atau pensyarah.

“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga KPM di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar atau murid,” tulisnya di Twitter hari ini.

Sebelum ini, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi bawahnya memakai pakaian atau baju sukan yang sopan ketika cuaca panas.

Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah bagi mengelak komplikasi kesihatan.


Pengarang :