Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih menggunakan kaedah ‘Stone Mastic Asphalt 20’ (SMA20) di Jalan Rawang, Rawang II, Kuala Selangor pada 23 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Turap jalan besar-besaran serata negeri dilaksana serentak dua minggu lagi

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 7 MEI: Kerja menurap jalan rosak besar-besaran di Selangor membabitkan kos RM50 juta dilaksana secara serentak dua minggu lagi.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek tersebut yang dijangka mengambil masa dua bulan.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim bercakap kepada media ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pad 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Projek yang menggunakan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta itu akan menumpukan jalan-jalan yang agak teruk dan tidak mendapat perhatian.

“Kita juga akan utamakan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam di sini, malam tadi.

Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih dan menurap jalan di Jalan Persiaran Sungai Pinang Pandamaran, Klang pada 23 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL

Ir zham memberitahu jumlah kerja penurapan bergantung kepada laporan yang dibuat dan angkanya tidak sama bagi setiap daerah.

Pada 16 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek penurapan jalan raya secara mega meliputi penyenggaraan dan pelebaran jalan bawah kelolaan negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter dengan menghantar gambar, menulis aduan dan disertakan dengan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan.

Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih jalan di Jalan B113 Batang Kali-Ulu Yam Bharu, Seksyen 1.50-1.80, jalan negeri Hulu Selangor pada 14 Mac 2023. Foto Twitter INFRASEL

Sejak 2021 hingga tahun lalu syarikat penyenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan lebih 39,000 kerja penurapan jalan bagi memastikan keselesaan pengguna.

Semua jalan berlubang itu dibaiki dalam tempoh 24 jam berdasarkan aduan orang ramai.


Pengarang :