EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim bercakap kepada media ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pad 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

EXCO: Selangor peruntuk RM6 juta sumbangan ibadah korban tahun ini

Oleh Azian Aziz

AMPANG JAYA, 7 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

EXCO pemodenan pertanian berkata agihan melibatkan 1,000 ekor kambing dan 700 ekor lembu kepada wakil rakyat, masjid, surau terpilih dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Peruntukan tahun ini bertambah daripada tahun lepas (lebih RM5 juta) kerana harga lembu naik daripada RM5,400 kepada RM6,000.

“Jumlah lembu korban juga bertambah daripada 660 ekor kepada 700 ekor kali ini dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor,” kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam malam tadi.

Menurut Izham pihaknya kini dalam proses mengagihkan kupon kepada golongan yang layak menerima sumbangan tersebut.


Pengarang :