SHAH ALAM, 8 MEI: Kehadiran pemain Selangor FC memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri agensi bawah kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, hari ini.
Antara pemain yang mendapat perhatian ramai pada majlis tersebut ialah pemain tengah Brandan Gan yang merupakan kapten pasukan Red Giants serta pemain sayap Faisal Halim.
Majlis berlangsung di Dewan Banquet MBSA itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dan Ketua Jurulatih Selangor Tan Cheng Hoe.
Ketua pegawai eksekutif Selangor Youth Communit (SAY) berkata majlis merupakan acara tahunan diadakan pihaknya bersama Selangor FC, Persatuan Bola Sepak Selangor serta Yayasan Raja Muda Selangor.
“Hari ini kita jemput 800 tetamu terdiri dari penaja utama, pemain, wakil agensi, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan selain pelajar tajaan SAY.
“Semua agensi bawah kepimpinan Tengku Amir sentiasa bekerjasama menjayakan sebarang aktiviti berkait masyarakat,” kata Nurul Azwa Mohd Rodzi ketika ditemui.
Dalam majlis berkenaan Raja Muda Selangor yang mengenakan sepersalinan baju Melayu berwarna merah lengkap bersamping turut meluang masa lebih sejam beramah mesra dengan tetamu.