ADNSELANGOR

DUN Bandar Utama anjur saringan kesihatan percuma tiga hari mulai esok

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mempelawa menyertai program Kesihatan dan Kesejahteraan Antara Generasi di Dewan Serbaguna SS21, Damansara Utama pada 10 hingga 12 Mei.

Pegawai penyelarasnya berkata program yang bermula jam 11 pagi hingga 4 petang menawarkan saringan kesihatan mental, saringan fizikal dan mata secara percuma.

“Pihak kami kerap adakan pemeriksaan kesihatan fizikal dan pemeriksaan mata, hampir setiap bulan.

“Bagi program ini, pertama kita adakan pemeriksaan kesihatan mental dan kita sasar untuk membuat 200 saringan dalam sehari,” kata Hanis Mohamad ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, perancangan aktiviti menderma darah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.

Orang ramai yang berminat diminta mendaftar melalui pautan tiny.cc/BUhealthScreening atas mengimbas kod QR yang tertera di poster program.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook Jamaliah Jamaluddin.


Pengarang :