Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 10 MEI: Sembilan lokasi program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri diadakan hari ini mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) membabitkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN).
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/image0-2-500x500.jpeg.webp)
Agensi itu berkata program yang menjual enam barangan asas pada harga murah diadakan di Kedai Tok Ramli Assam Jawa (DUN Bukit Melawati); Surau Al-Falah Taman Sri Pekan (DUN Bandar Baru Klang) dan Perkarangan Surau Al-Hijriyah Flat PKNS (DUN Taman Medan).
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/ayam-2-500x349.jpg.webp)
“Jualan sama turut berlangsung di lokasi lain antaranya Sungai Tangkas (DUN Sungai Ramal); Flat Bandar Sungai Emas (DUN Banting) dan Surau Tahfiz Simpang Loji, Sungai Limau, Sungai Besar (DUN Sungai Panjang).
“Selain itu ia turut diadakan di No 38, Parit 4 Timur Sungai Besar (DUN Sabak); Tapak Parkir Pangsapuri Laksamana Jaya (DUN Sungai Tua) dan Dataran Kedai Batu Felda Soeharto (DUN Hulu Bernam),” katanya menerusi Facebook.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/04/jualan-2-500x325.jpg)
JER kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).
Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.