Orang ramai memilih sayur yang diberikan percuma dalam program Jelajah Ehsan Rakyat(JER) DUN Kinrara pada 8 Mei 2023. Foto Facebook Ng Sze Han
ADNSELANGOR

Satu tan sayur, 200 kasut diberi percuma kepada pengunjung jualan murah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mengagihkan satu tan sayur dan empat kotak kasut pada program Jelajah Ehsan Rakyat(JER) kelmarin.

Wakil rakyat Ng Sze Han berkata sayuran diagihkan kepada 200 pengunjung terawal jualan murah yang berlangsung di Balai MBSJ Puchong Jaya yang juga dikenali sebagai Dapur Kinrara.

Orang ramai memilih sayur yang diberikan percuma dalam program Jelajah Ehsan Rakyat(JER) DUN Kinrara pada 8 Mei 2023. Foto Facebook Ng Sze Han

“Sayuran seperti bendi, sawi, kangkung, timun, peria, tomato, kacang buncis, cili dan kacang panjang diagihkan bagi menggalakkan pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan penduduk.

“Kita turut edarkan lebih 200 pasang kasut putih baru secara percuma untuk penduduk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 


Orang ramai memilih kasut yang diberikan percuma dalam program Jelajah Ehsan Rakyat(JER) DUN Kinrara pada 8 Mei 2023. Foto Facebook Ng Sze Han

Sze Han berkata pihaknya turut membuka kaunter khidmat pelanggan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor pada program jualan murah sama di Jalan BK1/9B Bandar Kinrara 1, semalam.

Menurutnya ia bagi berkongsi pelbagai manfaat yang disediakan agensi itu kepada penduduk.


Pengarang :