Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di kawasan awam pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 11 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam menyediakan pejabat bergerak pekarangan tempat letak kereta Plaza Masalam Seksyen 9 di sini, pada Sabtu ini.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan mula beroperasi pada 11 pagi hingga 5 petang untuk kemudahan orang ramai.

“Ini merupakan platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

 


Pengarang :