Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB meriahkan rumah terbuka Kumpulan Selgate, rai anak yatim

SHAH ALAM, 11 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kumpulan Selgate hari ini.

Ketibaan Amirudin dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth.

Majlis diadakan di Mardhiyyah Hotel and Suites dekat sini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu lain terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya soto, sate, kuih muih tradisional, susyi dan sasyimi selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular Hael Husaini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad ketika hadir majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Tahun ini Kerajaan Selangor turut mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di setiap daerah bagi meraikan rakyat yang membuka tirai pada 28 April lalu di Pekan Salak, Sepang.

Ia seterusnya diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April), Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April) dan Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei).

Program diteruskan ke Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh (6 Mei), Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei) dan esok di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam serta Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor pada Sabtu ini.

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada Ahad ini yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hael Husaini menghiburkan tetamu dengan menyanyikan tiga buah lagu pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :