Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth bergambar bersama anak-anak yatim pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Anak yatim, warga emas dirai sempena rumah terbuka Kumpulan Selgate

SHAH ALAM, 11 MEI: Seramai 92 anak yatim dan sembilan warga emas diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Selgate, hari ini.

Mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Yayasan Selgate yang majlis penyerahannya disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth.

Anak-anak yatim berkenaan adalah kanak-kanak dari Rumah Amal al-Firdaus, Denai Alam dan Rumah Amal Budi Bistari, Alam Nusantara, Shah Alam.

Manakala, sembilan warga emas adalah daripada Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung, Sungai Buloh dan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua al-Ikhlas, Puchong.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth menyampaikan duit raya kepada warga emas pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu Amirudin meluangkan masa kira-kira 30 minit menghadiri majlis yang diadakan di Mardhiyyah Hotel and Suites dekat sini yang turut dihadiri tetamu dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya kuih muih tradisional, soto, sate, susyi dan sasyimi.

Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular Hael Husaini.

Hael Husaini menghiburkan tetamu dengan menyanyikan tiga buah lagu pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :