ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bercakap kepada media selepas meninjau program jelajah Jualan Ehsan Rakyat di Masjid Ar-Raudhah, Kampung Sungai Kembong, Klang pada 11 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Hampir 40 lampu LED dipasang sekitar Pelabuhan Klang menerusi Projek Selangor Penyayang

KLANG, 12 MEI: Hampir 40 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar akan dipasang di beberapa buah kampung sekitar Pelabuhan Klang menerusi Projek Selangor Penyayang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata empat kawasan perumahan menerima manfaat antaranya Kampung Pandamaran Jaya dan Taman Dato’ Sanad.

“Selain itu, lampu solar ini juga akan dipasang di kawasan perkuburan Islam di Kampung Perigi Nanas dan di taman permainan Kampung Pendamar.

“Semua lampu solar ini demi kemudahan penduduk setempat kerana kawasan sekitar gelap dan memerlukan cahaya demi keselamatan mereka,” katanya ditemui pada Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.


Pengarang :