AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

M Nasir, Dayang Nurfaizah meriahkan rumah terbuka di Gombak 14 Mei

SHAH ALAM, 12 MEI: Penyanyi terkenal Datuk M Nasir dan Dayang Nurfaizah bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Ahad ini.

Program yang diadakan bersekali dengan Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) anjuran Kerajaan Negeri juga bakal menampilkan persembahan daripada Pija Mentor bermula 8 hingga 11 malam.

Acara rumah terbuka tersebut dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, menteri Kabinet dan pemimpin negeri.

JKSA yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April telah berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat dan Petaling.

Ia diteruskan malam ini di Dataran Tanah Lesen, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) sebelum berakhir di Gombak.

Sebelum ini, Amirudin berkata jelajah itu memberi peluang kepada rakyat bertemu pemimpin negeri dengan setiap lokasi mendapat sambutan menggalakkan sejak dianjurkan.


Pengarang :