Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023 Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Perumahan Exco Sekyen 7 dekat sini dihadiri kira-kira 1,500 orang termasuk kakitangan dan tetamu.
Lebih meriah majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Pelbagai juadah disediakan antaranya kambing golek, ayam gunting, sotong bakar, laksa, apam balik dan nasi tomato.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kugiran Kelab Perbendaharaan Negeri Selangor.
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian serta pegawai kanan Kerajaan Negeri.