Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Datuk Dr DzulKefly Ahmad dan Juwairiya Zulkifli menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati di Bandar Baru, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 2,000 hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Selangor, DUN Bukit Melawati

Oleh Norrasyidah Arshad

KUALA SELANGOR, 13 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati hari ini meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu.

Ahli Dewan Negeri Juwairiya Zulkifli berkata tetamu pelbagai bangsa bukan hanya dalam kalangan penduduk parlimen itu sebaliknya turut disertai penduduk parlimen berhampiran.

“Sempena majlis hari ini kita turut menyumbang mesin pencetak serta komputer kepada agensi daerah iaitu polis, jabatan bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan jabatan kesihatan.

Orang ramai menjamu selera ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati di Bandar Baru, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Kita turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada 60 penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim Islam Aitam serta 300 kanak-kanak yang hadir hari ini,” katanya kepada SelangorKini.

Majlis turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tetamu turut diraikan dengan persembahan nyanyian kumpulan Scorr selain dijamu dengan pelbagai juadah tradisi hari raya.

Orang ramai mengambil juadah yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati, di Bandar Baru, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :