Penduduk sekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Bandar Sungai Buaya menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras DUN Batang kali di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 14 Mei 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

Hampir 3,000 tetamu hadir rumah terbuka penyelaras DUN Batang Kali

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 11 MEI: Hampir 3,000 pengunjung  berbilang kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Penyelaras Dewan Undangan Negeri  (DUN) Batang Kali.

Saifuddin Shafi Muhammad berkata  acara yang berlangsung dari 11 pagi hingga 2 petang itu diadakan di  Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

“Syukur Alhamdulillah! Terima kasih buat hampir 3,000 penduduk Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Bandar Sungai Buaya yang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras Dun Batang Kali semalam.

“Majlis yang mengundang penduduk sekitar dan pemimpin masyarakat selepas sekian lama tiada majlis sebegini akibat pandemik selama beberapa tahun,” katanya di Facebook.

Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras DUN Batang kali di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 14 Mei 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad

Saifuddin berkata pihaknya turut memberikan duit raya kepada 200  kanak-kanak. Selain itu, seramai 10  pengunjung memenangi cabutan bertuah sempena sambutan Hari Ibu.

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah yang disediakan antaranya Menu Rahmah Nasi Kak Wok, char kuetiau, mi kari, apam balik, lemang dan rendang, sate, nasi lemak bungkus, kuih-muih, cendol serta air balang.

Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras DUN Batang kali di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 14 Mei 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad

Pengarang :